Saturday, July 7, 2012

Sudah bulan Julai.

Lama sungguh rasanya jari jemari aku ni tidak menaip & dipostkan di dalam blog. Harap kali ini aku benar-benar dapat menulis dengan rajin. Hehehe..

Tuesday, January 10, 2012

Berhak Memilih

Hati berhak memilih. Untuk membantu hati membuat pilihan yang tepat fikiran harus membantu. Buang andaian-andaian negative dan bina andaian-andaian positif. Apabila andaian positif dapat dicipta. Mood baik dan tidak emotional akan terjadi. Ini dapat membantu bagi mendatangkan mood positif dan terus merangsang minda untuk sentiasa optimis. Iya samalah seperti Optimus prime yang hebat tersebut. So,hati mesti mahu baik,barulah otak boleh dapat fikir yang baik-baik.

Oleh itu buanglah andaian negative anda. Langit tidak selalunya cerah dan gelap tidak semestinya hujan lebat. (my creation yg last tue..hehe)

Sunday, January 1, 2012

Jangan cakap kasar dengan semangat.

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Semangat 2012 adalah perkara yang dicari-cari oleh aku sekarang. Kita kena cakap dengan semangat dengan cara yang berhemah, jangan diherdik, jangan ditengking, jangan dijeritjerit takut semangatnya lari.

Anda harus percaya dengan semangat anda, jangan ada ragu-ragu, takut nanti merajuk pula semangat itu.

Bersemangatlah dalam melakukan perkara-perkara yang baik. Bersemangatlah dalam membenci perkara-perkara yang jahat.

Ada satu hadith dari Abu Hurairah, beliau menceritakan bahawa Rasullullah telah bersabda:

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, keduanya tetap memiliki kebaikan. Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah, maka janganlah engkau katakan: ‘Seandainya aku lakukan demikian dan demikian.’ Akan tetapi hendaklah kau katakan: ‘Ini sudah jadi takdir Allah. Setiap apa yang telah Dia kehendaki pasti terjadi.’ Karena perkataan law (seandainya) dapat membuka pintu syaithon.”

(HR. Muslim)

[Muslim: 47-Kitab Al Qodar, An Nawawi –rahimahullah- membawakan hadits ini dalam Bab “Iman dan Tunduk pada Takdir”]

Oleh itu, selamat datang hari-hari yang baru. Semoga semangatku akan selalu hidup bersama hari-hari yang bakal datang.

Semangat

Semoga segalanya akan lebih bersemangat untuk 2012 ini.