Wednesday, December 2, 2015

Cara Untuk Lock Steering Kereta Myvi...

Steering kereta Myvi nie cara lock dia unik sangat. Sehingga ramai yang tidak menyangka benarkah itu cara penguncian yang betul. Mungkin cara lock steering ini adalah untuk Myvi edition yang terkini. Aku pun tak pasti. Tapi ini jenis Myvi Premium X dan seangkatan dengannya..

Cara-caranya ialah:

1) Hidupkan enjin.

2) Dalam keadaan enjin masih hidup, putar steering hingga pada kedudukan 90 darjah.

3) Matikan enjin

4) Dalam keadaan steering 90 darjah, pusingkan lagi steering ke kanan sehingga bunyi click. Buat secara perlahan-lahan. Jangan ganas sangat, nanti patah pulak steering tu.

5) Untuk unlock hanya perlu masukkan kunci ke dalam slot kunci. Dan pusingkan steering sedikit ke kiri dan sehingga dengar bunyi click.

Semoga sukses lah ye. Post saya ni khas saya tujukan untuk kaum hawa, sebab mostly kaum adam mesti dah tahu. Tapi adik lelaki saya pada awalnya pun gagal untuk mengunci steering Myvi nie. Tapi biasalah kan lelaki kan suka explore & try. Jadi dia dapatlah jawapannya.

Selamat mengunci steering anda.

Don't forget to lock your car steering & be happy..

Ini contoh kedudukan 90 darjah yang saya maksudkan. Gambar hiasan ihsan dari google. Saya gagal untuk dapatkan steering model Myvi. Yang ada steering model Toyota. 

Tuesday, December 1, 2015

Cara Untuk Elakkan Gelabah

Lama dah tak post something yang bermakna. Hidup busy sangat lately. Okaylah pape pun aku nak share cara aku untuk hilangkan gugup.

Kita gugup kerana kita gementar. Gementar itu pula boleh datang dalam keadaan yang kita bersedia dan tidak bersedia.

Untuk tangani gementar dalam keadaan kita bersedia.

1) Berlatih. Cara yang paling baik ialah berlatih. Bak kata orang putih practice make perfect.

2) Cari maklumat yang lengkap mengenai perkara yang anda gementar tu. jangan cari merewang benda yang tak patut. Cari kelemahan & dan cara untuk mengawal perkara yang awak gugupkan sangat tu.

3) Dah jumpa segala maklumat, berlatihlah untuk sentiasa bersedia.

4) Fokus! sila fokus kat sini perlu serius sikitlah.

5) BERDOA untuk stay focus.

6) Apabila tiba masanya, all out everything. Trust me its gonna work.

7) Reward yourself. Success or fail is not important. Just reward yourself.

Dalam keadaan tidak bersedia pula macam mana?

1) Pejam mata.

2) Bayangkan reward yang awak akan buat setelah habis perkara yang awak gentarkan tue.

3) Fikirkan semua orang boleh buat tak kan lah aku tak boleh!!!

4) Yakin. Yakin boleh! tak kira apa pun yang kita buat. kita kena yakin!

5) Berdoa supaya segala yang awak aturkan dalam sekelip mata itu akan menjadi.

6) Jangan lupa tarik nafas & helakan dengan tenang.


Oleh itu, semoga berjaya dalam mengawal rasa gementar utnuk perkara yang kamu gentarkan. Saya doakan kejayaan kamu semua.

Be confident & be happy. :-)


Kucing Patah Kaki Belakang.

Kucing aku nama Naneng. Naneng patah kaki belakang sebelah kanan. Aku jumpa dia terduduk bawah pokok. Aku perasan mukan dia lebam & seperti sedang menyorokkan sesuatu dari aku. Kemudian aku angkat dia. Terkejut habaq kat hang, kaki belakang dia terkulai, berdarah & tulang terkeluar. Apa lagi tanpa rasa segan silu aku pun menjerit dengan kuatnya, apa yang terkeluar dari mulut aku ialah "Mak!!!!!!".

Start, Naneng sakit aku rasa dah macam jaga orang sakit. Dia jadi sensitif, tak suka dipegang, moody, makan nak kena pujuk, dia tak suka mandi (jilat badan sendiri) & dia suka menyendiri. Aku faham kesakitan yang membuatkan dia jadi macam tu.

Hari Pertama:

Naneng aku masukkan dalam sangkar. Perlu kurangkan pergerakkan dia. Sebab untuk mengelakkan kulit dia terkoyak.

Aku lap badan dia dengan kain basah, keringkan juga bulu dia.

Aku sapukan tempat luka tu dengan minyak gamat, tapi aku tak berani nak balut.

Aku bagi dia makan & minum, tapi dia cuma nak minum je.

Mak aku cadangkan supaya anduh dengan kayu. Tapi sadly nobody is brave enough to do it. Sebab dia akan mengerang setiap kali dipegang. Sakit Wooo....

Aku tak dapat hantar vet sebab, gaji belum masuk. Lagi satu pd hari yg sama aku jumpa naneng, esoknya aku ke KL.


Akhirnya Naneng aku bawa ke vet. Dia potong kaki Naneng. Jadi Naneng tempang. Jangan risau dia masih hidup sampai sekarang dan telah bunting sebanyak 2 kali. Cuma sekarang aku ambil langkah mengawal tahap kehamilan dia.