Monday, July 18, 2016

Resepi Mudah & Ringkas Marble Butter Cake

Inilah kek yang paling mudah pernah aku buat sepanjang hidup aku. Selain itu dijamin sedap habaq kat hang... dengan syarat jangan derhaka dengan resepi.


Bahan-bahannya:

250 gram           Butter
250 gram           Tepung naik sendiri (diayak)
220 gram           Gula kastor
4 biji                  Telur
1 sudu kecil       Esen vanilla
2 sudu besar     Susu cair 
5 susu besar     Serbuk koko


Cara membuat:


  1. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan susu cair.
  6. Pukul sehingga sebati.
  7. Bahagi dua adunan. 
  8. Satu adunan ditambah serbuk koko. Gaul hingga sebati.
  9. Sapukan sedikit majerin dan serbuk tepung di dalam loyang atau pakai kertas minyak je senang.
  10. Masukkan adunan cream dan coklat secara berselang seli.
  11. Bakar selama 40 minit dengan kepanasan 180'c
  12. Siap!
Selamat Mencuba!

Thursday, July 14, 2016

Merawat Bengkak di Kaki.

Mengalami kaki bengkak. Di tumit atau bahagian yang tertentu. 

Ambil 1 inci halia. tumbuk hingga lumat.


Campurkan dengan sedikit minyak masak. 


Gaul hingga sebati, kemudian sapukan minyak ke bahagian yang bengkak. 


Balut semalaman bahagian  yang bengkak dengan sedikit halia dalam minyak tersebut. 


Amaran sedikit sahaja, jika tidak mahu terasa extra panas.


Dengan izin dari Allah, keesokkan pagi apabila anda bangun. Bengkak dikaki akan surut


Bagaiman halia membantu?

Teori saja je lah mengikut pengalaman hidup memerhatikan emak dan nenek mengubati anak cucu menggunakan halia.

Halia ini kelebihannya mampu membuang angin, atau menyerap angin yang berada di dalam usus atau urat dalam badan kita. Tindak balas halia dalam membuang angin adalah amat berkesan. 

Apabila kaki membengkak, urat disekitar kawasan bengkak itu telah dimasuki angin. Oleh itu dengan kepanasan halia tersebut mampu merangsang pengedaran darah dan menstabilkan pengedaran darah dikawasan yang membengkak atau mungkin mampu menyerap angin yang telah masuk ke dalam urat dikawasan yang membengkak.

Sekian teori halia tidak bertauliah dari saya. 

Selamat Mencuba!

Halia



Minyak


kedua-dua gambar adalah dari arkib google.



Monday, July 4, 2016

AYAT UNTUK BERUBAH

Orang mampu berubah apabila dirinya merasa menyesal atas sesuatu perbuatan buruk atau situasi buruk yang telah dilakukannya. 


PENYESALAN boleh DATANG DARI... 

KEBODOHAN DIRI SENDIRI 

YANG... 

membiarkan KESILAPAN BERLAKU 

DENGAN SENGAJA 

TANPA RASA RISAU. 

Thursday, June 16, 2016

Tips Untuk Mengemas Barang Dengan Cepat.

Assalamualaikum semua...

Merujuk kepada tajuk diatas anda sudah semestinya tahu post saya kali ini berkaitan tentang apa. Iya betul tentang kepantasan mengemas barang ke dalam beg anda.

Barang yang saya maksudkan adalah barang-barang yang ingin anda masukkan kedalam beg anda.

Di sini saya kongsikan cara saya memudahkan diri sendiri untuk proses mengemas.

Cara-caranya:

1) Ambil pen dan kertas.
2) Pilih satu sudut atau ruang untuk anda menulis.
3) Senaraikansatu demi satu barangan yang ingin anda bawa bersama.
4) Biasakan daripada perkara yang paling penting & akhiri dengan yang kurang penting.
5) Elakkan dari menangguh menulis ini kerana kemungkinan besar anda akan lupa diri, lupa tulis, lupa segala-galanya.

Setelah habis menulis, barulah anda boleh mula mengemas tanpa rasa sakit kepala untuk memerah ingatan untuk mengingat segala yang anda ingin bawa. Senarai yang anda telah buat tadi sangat membantu anda dalam mengemas barangan.

' Selamat mengemas'

Rajin-rajinkan diri anda.

Sunday, June 5, 2016

Ramadan Mubarak 2016

Ramadan 2016

Berpuasa dengan niat. Jangan niat kosong jer. kalau tak boleh. itu otak yg cakap tak boleh. jadi adjust otak bagi boleh.

Selamat berpuasa semua.

Monday, May 30, 2016

Resepi Puding Karamel

Resepi yang sangat sedap untuk dinikmati. Ini merupakan resepi wajib aku setiap kali hari raya dan request dari kawan-kawan yang teringin nak makan. Resepi ini Yummy, simple & walla...

Bahan-bahannya:

8 biji                          telur
1 tin                           susu cair Ideal
1 tin                           air masak
8 sudu besar              gula pasir
1 sudu kecil               esen vanila

untuk karamel:

10 sudu besar           gula pasir
3   sudu besar           air masak


cara membuatnya:

1. Gunakan api yang sederhana. Masak gula bersama air. Masak dengan kaedah goyang kuali. Masak sehingga keperang- perangan.

2. Setelah perang, tuang ke dalam loyang yang ingin digunakan.

3. Biarkan.

Untuk puding:

1. Putarkan susu Ideal, air, telur, gula dan esen vanila bersama.

2. Setelah sebati, tuang ke atas karamel yang berada didalam loyang.

3. Kukus selama 30-40 minit.

4. Cucuk dibahagian tengah puding untuk pastikan puding masak. Kalau tidak melekat maknanya dah masak.

5. Ambil pisau dan regangkan puding disekitar dinding loyang. Terbalikkan loyang bersama puding ke atas tempat hidang.

6. Siap untuk dimakan. YUM..yum..yum..


Selamat Mencuba....

Saturday, April 30, 2016

Teks Pengacara Majlis Cara Merangka Teks Paling Mudah

Assalammualaikum semua...

Mungkin ramai diantara anda yang secara tiba-tiba ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis untuk sesuatu majlis atau program. Sebagai seorang yang berintegriti anda menyahut tugasan tersebut walaupun ada sedikit keraguan didalam hati tentang kegugupan yang ada pada diri anda.

Disini saya akan berkongsi tentang rangka teks pengacaraan majlis yang ringkas yang selalu saya gunakan untuk mengacarakan majlis ringkas. Untuk majlis perpisahan.

Pembuka kata - boleh dimulakan dengan pantun.

Pendahuluan - Kata-kata hormat dimulakan dengan orang yang paling berpangkat penting didalam majlis yang anda kendalikan. Perkenalkan setiap seorang yang menjadi vvip didalam majlis anda E.g, Yang berhormat, yang berusaha, yang dihormati, yang disayangi.

Doa - doa adalah sebagai pembuka majlis. bagi memberkati majlis kita. Ia terpulang kepada majlis yang anda kendalikan. Ada sesetengah majlis lebih suka jika doa dibaca bersama doa untuk memulakan jamuan makan. Tetapi saya lebih suka jika doa dimulakan pada awal majlis.

Menjemput untuk memberi ucapan - Dimulakan dengan ucapan ketua jabatan. Untuk sepatah dua kata. Ulas sedikit ucapan yang telah diberikan. Kemudian, barulah diminta insan yang diraikan untuk memberikan ucapan.

Cenderahati - Pemberian cenderahati selalunya akan diberikan setelah habis sesi ucapan oleh insan yang dirai. Pemberian cenderahati selalunya akan diberikan oleh Ketua Jabatan atau kekiri yang bertugas.

Pastikan akan ada kakitangan yang ditugaskan untuk mengambil gambar sesi pemberian cenderahati.

Doa makan - Disini permulaan kepada penghujung majlis. Doa dibaca untuk memulakan jamuan makan. E.g, Sebelum kita keacara jamuan makan diminta wakil untuk membacakan doa makan.

Maaf - Dengan berakhirnya bacaan doa tersebut. Saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf diatas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku sepanjang saya mengacarakan majlis ini. Oleh itu, saya sudahi dengan wabillahitaufiq....... dan sekian terima kasih. Juga boleh diakhiri dengan pantun.

Di jemput untuk tuan-tuan dan puan-puan menikmati jamuan yang telah disediakan.

That is all...yang penting tarik nafas panjang-panjang dan jangan kelam kabut semasa mengacarakan majlis. Ingat, fikir sebelum cakap. Sekian... good luck kepada anda yang akan menjadi pengacara majlis nanti.    

Thursday, April 21, 2016

Jalan mana yang kau pilih

Pada saat aku menulis post ini banyak perkara tentang Malaysia yang diluar jangkaan telah berlaku. Tun Mahathir keluar dari UMNO, kehebohan skandal 1MDB yang dikatakan sebagai perniagaan yang dimanupulasikan oleh kerajaan dalam memberikan keuntungan kepada pihak yang tertentu, Ketidakpuashatian rakyat yang berpendapatan pertengahan terhadap cara kerajaan dalam mengawal dan menguruskan poisi kewangan negara. Dimana hasil cukai yang dikutip lebih kepada pihak yang berpendapatan rendah dan terlampau melebih-lebihkan kakitangan awam, sehinggakan lupa terhadap kebajikan mereka sebagai rakyat marhaen juga.

Dalam kerajaan mengejar wawasan untuk mendapatkan negara maju. Kadang-kadang para pemikir terlupa mengenai perasaan sesetengah mereka yang bertungkus lumus dalam mengejar kehidupan yang lebih baik. Hati mereka secara senang lenang dirobek dengan ayat yang tidak terperi bijaknya. Sehingga menjadi titik permulaan terhadap mudahnya cara pemikiran mereka yang berpangkat tinggi dan penuh anugerah di dada.

Pernah seseorang mengatakan sesuatu kepadaku, " hidup walau sebagai seorang tukang kebun pun tidak mengapa, asalkan itulah jalan untukku ke Syurga"

Mundur negara jika rakyat berfikiran seperti seseorang itu. Cis, hidup semua nak senang tapi mahukan ganjaran.

Tetapi manusia berubah, hatinya berbolak balik. Dan sekarang terniang-niang dikepalaku ayat oleh seseorang itu. 

Friday, January 1, 2016

2016 Begin.

I hope 2016 will be the best year in my life.

I will....

Singing happily everyday, 
Counting my day excitedly for the day after life,
Be cheerful to every person around me,
Smile everyday, to every body,
Give more, especially to the needy,
Be happy, donate blood regularly,
Forgive much, no heart feeling,
Forget a lot, people who do mistakes on me,
Say thank you to everybody, who helped me,
Hope to join the good people to the good place,
Cover aurah ( my body part), at office, at home & everywhere,
Apply every hadith or recitation of Quran in my daily life,
Appreciate everything, my current condition of life,
Doing good & hate bad things,
Gain knowledge.... 
Be kind to animal.