Saturday, April 30, 2016

Teks Pengacara Majlis Cara Merangka Teks Paling Mudah

Assalammualaikum semua...

Mungkin ramai diantara anda yang secara tiba-tiba ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis untuk sesuatu majlis atau program. Sebagai seorang yang berintegriti anda menyahut tugasan tersebut walaupun ada sedikit keraguan didalam hati tentang kegugupan yang ada pada diri anda.

Disini saya akan berkongsi tentang rangka teks pengacaraan majlis yang ringkas yang selalu saya gunakan untuk mengacarakan majlis ringkas. Untuk majlis perpisahan.

Pembuka kata - boleh dimulakan dengan pantun.

Pendahuluan - Kata-kata hormat dimulakan dengan orang yang paling berpangkat penting didalam majlis yang anda kendalikan. Perkenalkan setiap seorang yang menjadi vvip didalam majlis anda E.g, Yang berhormat, yang berusaha, yang dihormati, yang disayangi.

Doa - doa adalah sebagai pembuka majlis. bagi memberkati majlis kita. Ia terpulang kepada majlis yang anda kendalikan. Ada sesetengah majlis lebih suka jika doa dibaca bersama doa untuk memulakan jamuan makan. Tetapi saya lebih suka jika doa dimulakan pada awal majlis.

Menjemput untuk memberi ucapan - Dimulakan dengan ucapan ketua jabatan. Untuk sepatah dua kata. Ulas sedikit ucapan yang telah diberikan. Kemudian, barulah diminta insan yang diraikan untuk memberikan ucapan.

Cenderahati - Pemberian cenderahati selalunya akan diberikan setelah habis sesi ucapan oleh insan yang dirai. Pemberian cenderahati selalunya akan diberikan oleh Ketua Jabatan atau kekiri yang bertugas.

Pastikan akan ada kakitangan yang ditugaskan untuk mengambil gambar sesi pemberian cenderahati.

Doa makan - Disini permulaan kepada penghujung majlis. Doa dibaca untuk memulakan jamuan makan. E.g, Sebelum kita keacara jamuan makan diminta wakil untuk membacakan doa makan.

Maaf - Dengan berakhirnya bacaan doa tersebut. Saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf diatas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku sepanjang saya mengacarakan majlis ini. Oleh itu, saya sudahi dengan wabillahitaufiq....... dan sekian terima kasih. Juga boleh diakhiri dengan pantun.

Di jemput untuk tuan-tuan dan puan-puan menikmati jamuan yang telah disediakan.

That is all...yang penting tarik nafas panjang-panjang dan jangan kelam kabut semasa mengacarakan majlis. Ingat, fikir sebelum cakap. Sekian... good luck kepada anda yang akan menjadi pengacara majlis nanti.    

Thursday, April 21, 2016

Jalan mana yang kau pilih

Pada saat aku menulis post ini banyak perkara tentang Malaysia yang diluar jangkaan telah berlaku. Tun Mahathir keluar dari UMNO, kehebohan skandal 1MDB yang dikatakan sebagai perniagaan yang dimanupulasikan oleh kerajaan dalam memberikan keuntungan kepada pihak yang tertentu, Ketidakpuashatian rakyat yang berpendapatan pertengahan terhadap cara kerajaan dalam mengawal dan menguruskan poisi kewangan negara. Dimana hasil cukai yang dikutip lebih kepada pihak yang berpendapatan rendah dan terlampau melebih-lebihkan kakitangan awam, sehinggakan lupa terhadap kebajikan mereka sebagai rakyat marhaen juga.

Dalam kerajaan mengejar wawasan untuk mendapatkan negara maju. Kadang-kadang para pemikir terlupa mengenai perasaan sesetengah mereka yang bertungkus lumus dalam mengejar kehidupan yang lebih baik. Hati mereka secara senang lenang dirobek dengan ayat yang tidak terperi bijaknya. Sehingga menjadi titik permulaan terhadap mudahnya cara pemikiran mereka yang berpangkat tinggi dan penuh anugerah di dada.

Pernah seseorang mengatakan sesuatu kepadaku, " hidup walau sebagai seorang tukang kebun pun tidak mengapa, asalkan itulah jalan untukku ke Syurga"

Mundur negara jika rakyat berfikiran seperti seseorang itu. Cis, hidup semua nak senang tapi mahukan ganjaran.

Tetapi manusia berubah, hatinya berbolak balik. Dan sekarang terniang-niang dikepalaku ayat oleh seseorang itu.