Monday, July 18, 2016

Resepi Mudah & Ringkas Marble Butter Cake

Inilah kek yang paling mudah pernah aku buat sepanjang hidup aku. Selain itu dijamin sedap habaq kat hang... dengan syarat jangan derhaka dengan resepi.


Bahan-bahannya:

250 gram           Butter
250 gram           Tepung naik sendiri (diayak)
220 gram           Gula kastor
4 biji                  Telur
1 sudu kecil       Esen vanilla
2 sudu besar     Susu cair 
5 susu besar     Serbuk koko


Cara membuat:


  1. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan susu cair.
  6. Pukul sehingga sebati.
  7. Bahagi dua adunan. 
  8. Satu adunan ditambah serbuk koko. Gaul hingga sebati.
  9. Sapukan sedikit majerin dan serbuk tepung di dalam loyang atau pakai kertas minyak je senang.
  10. Masukkan adunan cream dan coklat secara berselang seli.
  11. Bakar selama 40 minit dengan kepanasan 180'c
  12. Siap!
Selamat Mencuba!

Thursday, July 14, 2016

Merawat Bengkak di Kaki.

Mengalami kaki bengkak. Di tumit atau bahagian yang tertentu. 

Ambil 1 inci halia. tumbuk hingga lumat.


Campurkan dengan sedikit minyak masak. 


Gaul hingga sebati, kemudian sapukan minyak ke bahagian yang bengkak. 


Balut semalaman bahagian  yang bengkak dengan sedikit halia dalam minyak tersebut. 


Amaran sedikit sahaja, jika tidak mahu terasa extra panas.


Dengan izin dari Allah, keesokkan pagi apabila anda bangun. Bengkak dikaki akan surut


Bagaiman halia membantu?

Teori saja je lah mengikut pengalaman hidup memerhatikan emak dan nenek mengubati anak cucu menggunakan halia.

Halia ini kelebihannya mampu membuang angin, atau menyerap angin yang berada di dalam usus atau urat dalam badan kita. Tindak balas halia dalam membuang angin adalah amat berkesan. 

Apabila kaki membengkak, urat disekitar kawasan bengkak itu telah dimasuki angin. Oleh itu dengan kepanasan halia tersebut mampu merangsang pengedaran darah dan menstabilkan pengedaran darah dikawasan yang membengkak atau mungkin mampu menyerap angin yang telah masuk ke dalam urat dikawasan yang membengkak.

Sekian teori halia tidak bertauliah dari saya. 

Selamat Mencuba!

Halia



Minyak


kedua-dua gambar adalah dari arkib google.



Monday, July 4, 2016

AYAT UNTUK BERUBAH

Orang mampu berubah apabila dirinya merasa menyesal atas sesuatu perbuatan buruk atau situasi buruk yang telah dilakukannya. 


PENYESALAN boleh DATANG DARI... 

KEBODOHAN DIRI SENDIRI 

YANG... 

membiarkan KESILAPAN BERLAKU 

DENGAN SENGAJA 

TANPA RASA RISAU.