Tuesday, October 17, 2017

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong.

Asalamualaikum & Selamat Sejahtera semua..

Asam pedas ikan mayong adalah lauk kegemaran sis. Sedap sangat kalau kena dengan cara masakannya. Resepi ini sudah tentu turun dari mak sis. Bagi mereka yang tidak tahu rupa ikan mayong. Ini adalah jenis ikannya. 


Masa pilih ikan tu, carilah ikan mayung putih, sebab isinya lembut & lebih sedap dari yang mayung hitam.


Sis lebih suka memilih bahagian kepala untuk dijadikan asam pedas, sebab bahagian kepala paling berlemak & sedap untuk dimakan. Isi memang tidak banyak, tapi part insang & kulit dibahagian kepala itu yang sis suka. Bagi mereka yang lebih suka makan isi, pilihan kepala mungkin kurang nikmat bagi anda. 
 

Ini resepinya, selamat mencuba: 

Dikisar:  
* 1 1/2                Labu Bawang Putih
* 3 biji                 Bawang Besar 
* 4 inci                Halia  
* 4 inci                Kunyit 
* 5 senduk         Lada kisar (lada kering dibuang biji, direbus & dikisar)


Bahan tumisan yang lain:
* 1 sudu             Halba
* 4 biji                Limau kasturi atau 1/2 cawan air asam jawa
* 2 inci               Belacan
* 3 senduk        Minyak masak
* 2 kg                 Ikan mayong 
* 5 tangkai        Daun Kesum
* 3 biji                Bunga Kantan
* 5 sudu             Garam kasar
* 1 sudu             Gula (jika perlu)


Cara memasak:
  1. Panaskan minyak & gorengkan halba sehingga garing. 
  2.  Masukkan bahan yang telah dikisar.
  3. Masukkan belacan, tumis sehingga garing & naik bau.
  4. Masukkan, air perahan limau kasturi/ air asam jawa.
  5. Kemudian, masukkan ikan mayong, masukkan air sehingga menutupi ikan jangan terlampau banyak air, sebab nanti kuah menjadi cair.
  6. Renehkan sehingga kuah menjadi pekat & ikan masak.
  7. kemudian masukkan daun kesom.
  8. Renehkan seketika sehingga daun menjadi sedikit layu.
  9. Tutup api & terus masukkan garam dan gula jika suka.       

Hidangkan bersama nasi,pucuk paku goreng atau ulam-ulaman. Semestinya makanan tengah hari anda akan menjadi yang terbaik pada hari tersebut. 


Selamat mencuba!!!!

Monday, October 2, 2017

Pendapat Aku Tentang Isu Dobi Muslim

Hai semua, untuk memulakan penulisan aku bagi tahun 2017, aku decide untuk menulis mengenai isu 'dobi Muslim only'. Tujuan aku menulis mengenai isu ini adalah kerana ingin memberikan pendapat peribadi aku itu sahaja. Tidak berniat untuk mengutuk atau menyokong mana-mana pihak. .

Well, every opinion is subjective jadi terserah untuk anda semua berfikir dari sudut pemikiran anda juga


Isu bermula apabila tindakan pemilik sebuah kedai dobi yang terletak di Jalan Junid, Muar, Johor  telah meletakkan papan tanda 'Mesra Muslim' dan mengkhaskan dobi tersebut hanya untuk pelanggan yang beragama Islam.

Ayat papan tanda yang menjadi isu


Ramai yang telah memberikan pendapat masing-masing. Mostly yang beragama Islam bersetuju dengan tindakan pemilik dobi berkenaan. Ini kerana dari segi kesucian adalah lebih terjamin. Malah ia merupakan satu ibadat yang baik kerana usaha pemilik tersebut telah berjaya menjaga kesucian pakaian dari terdedah kepada najis mughalazah.  Tetapi, ada juga sesetengah pendapat mengatakan kewujudan dobi sebegini adalah tindakan yang racist dan tidak menghormati perasaan rakyat non-Muslim di Malaysia. Di mana majoriti mereka yang tidak bersetuju ini sebenarnya tidak memahami niat sebenar pemilik kedai dobi 24jam tersebut.

Pada pendapat aku, tak salah bagi pemilik untuk berbuat demikian, tetapi cara yang lebih baik adalah dengan menukar ayat yang ditulis dipapan tanda tersebut kepada ' untuk tujuan menjaga kesucian pakaian pengguna Muslim, baju yang bersentuh dengan anjing dan babi adalah tidak dibenarkan'.

Then, for non-Muslim give them special machine to clean their clothes. 

Di situ nampak pemilik sebenarnya tidak berat sebelah dan cuba bersikap adil terhadap pelanggan yang berlainan agama & bangsa. 

Mostly, non-Muslim in Malaysia they understand & learn to respect Muslim needs. Except, for those who not really lived in Malaysia or not exposed to Muslim regulations & culture since young.

Rumusan, persefahaman adalah amat penting dalam membentuk sebuah negara yang aman damai. Masyarakat Muslim & non-Muslim di negara ini harus memahami agama & gaya hidup masing-masing. 





Tindakan yang harus diambil dalam menjernihkan isu ini adalah dengan memberi kefahaman kepada masyarakat non-Muslim bahawa agama Islam telah mengklasifikasikan najis kepada beberapa bahagian, dimana apa-apa sahaja yang berkaitan dengan anjing & babi adalah terjatuh dalam najis mughalazah iaitu najis yang paling berat untuk umat Islam, kerana ia telah tertulis dalam kitab Al-Quran, ini berkaitan dengan hukum fiqah. 

Cuba memahamkan & beri peluang untuk memahami.
Tetapi tidak sesekali di dalam Al-Quran memerintahkan untuk membunuh atau bertindak kejam terhadap anjing & babi. 

That's all from me...