Wednesday, December 6, 2017

Cara Mengawal Demam & Suhu Panas Badan.

 Tentu ramai diantara kita yang tidak gemar memakan pil ubat ubatan ketika sakit. Mungkin ada diantara anda yang menganggap memakan pil ubat-ubatan akan menjadikan diri anda lemah dalam mengawal penyakit secara alami. Dengan itu anda mencari solution dengan menggunakan cara semulajadi dalam mengawal kesakitan. Di sini saya akan kongsikan antara amalan yang aku lakukan dalam mengawal demam.

1) Mandi - ketika suhu badan kita panas ada diantara kita merasakan yang badan kita sejuk. Tetap hakikat yang sebnarnya badan kita pansa ketikan itu, jadi perkara yang sepatutuna kita buat adalah dengan cara menyejukkan badan. Cara yang paling baik adalah dengan mandi atau mengelap badan kita dengan menggunakan kain basah. Ini dapat mengawal suhu badan daripada terus menjadi panas.








2) Rehat - Rehat  yang cukup amat penting, ambil masa untuk mendapat tidur yang secukupnya. Elakkan diri daripada perkara- perkara yang merunsingkan.




3) Minum banyak air - suhu badan bukan sahaja dapat dikawal dengan cara mandi. Tetapi juga dengan cara meminum air masak dengan kadar mencukupi. 8 gelas sehari adalah yang paling ideal. 








4) Minum air buah kembang semangkuk- Buah kembang semangkuk amat terkenal dalam amalan kesihatan kaum Cina. Beli buah kembang semamngkuk yang kering, rendamkan dengan air panas bersama gula kabung atau gula batu. Minum airnya 2 gelas sehari. Air ini berfungsi untuk menyejukkan badan.



5) Buang hingus atau kahak hijau- jika anda mengalami selsema ketika demam atau sebelum demam. Digalakkan anda membuang kahak atau hingus setelah bersin. Secara saintifiknya aku malas nak google tapi setiap kali demam dan apabila aku berjaya buang kahak hijau tu. aku akan rasa selesema kurang dan tekak tidak lagi perit. Seeloknya jangan menggunakan tisu untuk membuang hingus, tetapi gunalah kain busuk awak tue..



6) Pakai stokin ketika tidur 


7) Jangan terkena hujan

8) Makan - jangan sesekali membiarkan perut anda kosong, makanan dapat memberikan tenaga kepada anda sekaligus mampu menghalang kuman daripada menguasai gen dalam badan anda.

Itu sahaja, sekian!

Monday, December 4, 2017

Juadah Ringkas Untuk Tetamu Yang Bertandang ke Rumah.

Hai semua,

Pada awalnya rasa seperti ingin menulis tentang isu menumpang kasih tentang pelakon Izreen yang dikatakan menjadi isteri kedua seorang pemain gitar Ude. Tapi bila fikir balik, nak buat apa sibuk hal orang, hal diri sendiri pun tak lepas (aku maksudkan diriku ini.). Hahahaha..

Okay lah berbalik kepada tajuk kita dan tujuan sebenar entry kali ini. Secara ringkasnya banyak yang boleh disediakan jika tetamu tiba-tiba datang ke rumah. Cara yang kita pilih juga haruslah ringkas, cepat & tangkas. Di sini aku kongsikan beberapa resepi ringkas. Antaranya ialah:

 1)  Cucur Ikan Bilis.
  Ini memang senang lah, sekelip mata dah siap, yang penting anda mempunyai stok tepung ganddum dan ikan bilis. Buatlah seteko air kopi panas, pergh memang padu! cucur tu pula lawan dengan sambal kicap atau sos tomato memang mengancam.

Bahan-bahannya: tepung gandum, ikan bilis, bawang merah, cili merah, cili hijau, air garam, bicarbonat of soda.

Cara membuatnya: Campurkan kesemua bahan sehingga menjadi pekat. Panaskan minyak di dalam kuali, letakkan sesudu demi sesudu. Goreng sehingga menjadi kembang dan kekuningan. Angkat dan hidang.

Gambar diambil dari  http://resipinoraini.blogspot.my/2008/01/cucur-bilis-lembut.html

2) Keropok Ikan.
Ini lagi mudah dan ringkas, apa yang penting kenalah ada stok keropok ikan mentah. Keropok kering mentah lebih mudah disimpan berbanding keropok basah dan lebih tahan lama. Tetamu yang datang pun pasti sukakan keropok yang digoreng panas.



3) Biskut
Standby biskut-biskut yang anda rasa boleh tahan lama dan memang digemari. Antaranya biskut Chipsmore, biskut wheatmeel cream cracker, cream cracker cap ping pong. Pastikan masa hidang tu, perlulah disimpan didalam bekas penutup kedap udara. Supaya biskut tidak lemau dan tahan lama.





 4) Lempeng
Ini antara menu paling senang, apa yang anda perlu ada hanyalah tepung gandum & air garam disatukan. Kemudian masak diatas kuali yang diisikan sedikit minyak. Ratakan sehingga menjadi lempeng, goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan bersama sambal tumis & air teh susu. Confirm umph!

Lempeng & sambal tumis.



5) Nombor telefon restoran
Okay idea yang ini adalah last resort or maybe also can be the early idea of all. Simpan no telefon restoran terdekat supaya senang, sementara menunggu tetamu sampai, buatlah satu panggilan ke restoran untuk menempah menu makanan yang diinginkan. Seperti mee goreng basah, mee hailam, nasi goreng kampung, nasi goreng seafood, bihun goreng, bihun goreng tomyam, bihun sup & pelbagai lagi juadah yang difikirkan boleh menjadi juadah untuk dijamu kepada tetamu.


Semoga segala yang di kongsi dapat memberi manfaat kepada semua. Banyak lagi menu lain yang boleh diberikan. Tetapi ini lah cara yang paling ringkas dapat dikongsikan kepada anda semua. Selamat mencuba.