Assalamualaikum...
Sedih sangat malam ni. Bukan nak mengadu pasal kesedihan tapi ingin mengajak anda semua mengerti erti keinsafan.
Bersyukur untuk segala-galanya, cerita di sekeliling mengajar hidup perlu lebih bertenaga.
Insaf dalam hidup bukan sahaja menyesali apa kesilapan yang telah dilakukan. Tetapi berjanji untuk tidak membenarkan kesilapan itu berulang lagi.
Hidup penuh dengan pemerhatian, perhatikann sesuatu dengan sabar, bukan mengkritik. Siapa manusia untuk mengkritik manusia lain. Kritiklah diri sendiri, Supaya kita tidak akan lupa siapa diri kita.
Banyak berbicara berbeza dengan banyaknya anda berfikir. Berfikir tidak semestinya akan diluahkan melalui kata-kata. Menulis juga mengekspresikan apa yang anda fikir. Percaya atau tidak, Bercakap membuatkan kesilapan lebih kerap keluar dari mulut. Tapi menulis, anda akan lebih berhati-hati,
Oleh itu jangan biarkan aku bercakap, kerana aku memerlukan 1001 helah untuk tidak berkata benar.
Sama-samalah kita menjadi baik. Baik untuk diri sendiri & untuk orang disekeliling kita. Sekurang-kurangnya kalau kita mati kebaikan kita akan kekal tercatat di buku kanan bahu & semoga ia akan terus berkembang.
lagu tema untuk entri kali ini Aku Juga Manusia - Amir Jahari
No comments:
Post a Comment