Friday, February 2, 2018

Cara Kawal Gula dalam Darah

Kenapa tergerak untuk menulis mengenai diabetes?

Sebab keadaan aku yang mempunyai simptom- simptom diabetes. Setiap kali apabila check Fasting Blood Sugar (FBS) bacaan gula aku mesti antara 7.9 - 10.7 mmol/L. Manalah tahu mungkin maklumat yang aku kutip ini dapat memberi gambaran yang jelas serba sedikit mengenai Diabetes.

Diabetes terjadi apabila sebarang makanan atau minuman yang kita minum gagal diproses dengan baik oleh pankreas, pankreas berfungsi menghasilkan insulin. Ada beberapa cara yang telah aku praktikkan dalam mengawal kadar bacaan gula dalam darahku. Ternyata cara ini berjaya, antaranya ialah:

1) Minum air masak dalam kadar yang banyak.- Sehari aku mengambil sejumlah 3 liter air untuk dihabiskan, dari pagi hingga ke malam. Tetapi kadar yang aku ambil paling banyak adalah waktu siang.

2) Tidak meminum air manis. - Secara total aku menghindari air manis, semua jenis air bergula aku elakkan. Sebenarnya gula turut terdapat dalam setiap makanan yang kita ambil, seperti nasi, roti, kek dan buah-buahan. Jadi dengan menghindarkan diri dengan air manis aku dapat mengawal gula ke paras yang lebih baik.

3) Memakan sayur-sayuran- Aku cuba mengurangkan nasi dalam pemakanan seharian. Lebihkanlah sayur-sayuran berwarna hijau. Ulam-ulaman juga boleh diambil. Amalkan permakanan suku:nasi, suku:ikan/ayam/daging & separuh:sayuran.

4)Meminum air daun pucuk belalai gajah

5) Oat

No comments: