Wednesday, May 30, 2018

Masalah Menghidupkan Kereta.

Hai semua, Beaky ialah nama kereta sis. Beliau ialah sebuah kereta Proton Saga, jenis Iswara Sedan, bertranmisi manual, mempunyai enjin Mitsubishi Orion 1.3 L 4G13P 12V SOHC I4 yang masih boleh diguna pakai sehingga kini. 

Lately, Beaky susah untuk dihidupkan. Sekali kunci dipacu enjin boleh hidup kemudian terus mati. Kena tekan minyak banyak kali baru enjin akan hidup & stabil. Ini berlaku banyak kali sehinggakan sis menyangka ia berpunca dari kelemahan bateri kereta. Tetapi bateri kereta belum genap setahun. Apa puncanya?

Bawa Beaky jumpa mekanik, dia tanya adakah sis selalu guna lampu waktu malam? tekaan brother ini betul. Brother ni cakap ini bukan masalah alternator, tetapi bateri tak cukup power untuk suruh alternator hidupkan enjin kereta sis. Puncanya sis selalu guna kuasa bateri untuk buka lampu & air-cond, tapi tak cas semula, ini menyebabkan tenaga untuk bateri tidak mencukupi bagi menghidupkan enjin. Sis betul2 kagum dengan penjelasan dia, sebab kebanyakkan mekanik yang sis jumpa jarang nak terangkan detail. Kiranya, Sis terus faham explanation dia without google.  

Apa yang brother tu buat, dia rendahkan sedikit timing kereta sis, dan memberikan cadangan jika kereta sudah sampai ke destinasi, jangan terus off enjin kereta dengan segera. Tetapi, biarkan enjin kereta terus hidup selama 2 atau 3 minit. Ini dapat membantu meningkatkan kuasa bateri kereta sis. 


Nota kaki: apa yang sis tulis adalah dari kefahaman sis. Jika ada yang bercanggah dengan pendapat anda, sis amat berbesar hati jika anda dapat memberikan komen yang membina. Tolong jangan kutuk, sebab sis tak kuat untuk menerima kutukan dan tomahan. Lagi satu sis bukan macam faiz roslan 2018.

Post- PRU14 Serta Harapan Sis.

Sebenarnya sis tidak menyangka yang sis akan merasai perubahan tampuk pimpinan kerajaan dalam hidup sis. Iaitu perubahan dari parti politik yang berbeza. Perubahan dari parti Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan telah membuatkan setiap peringkat di Malaysia sama ada di bandar atau luar bandar berubah. 

Jika dahulu sekitar tahun (1955 -1957) sebelum kemerdekaan, setiap parti politik di Persekutuan Tanah Melayu bersatu untuk memperjuangkan kemerdekaan dari pihak Inggeris yang diterajui oleh Parti Perikatan iaitu gabungan (UMNO, MCA & MIC). 'Kemerdekaan' itu sendiri ialah objektif setiap parti politik pada masa itu. 

Tetapi tsunami politik yang melanda negara pada masa sekarang mempunyai objektif yang berbeza berbanding 61 tahun dahulu. Objektif gabungan Pakatan Harapan adalah untuk menjatuhkan pimpinan Datuk Seri Najib secara amnya. Objektif ini terbukti membawa lembaran baru buat parti-parti politik pembangkang sebelum pru14. 

Sebelum ini gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada laungan reformasi oleh PKR, penegasan objektif DAP dalam ingin mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia, serta keteguhan terhadap undang-undang hudud oleh PAS tidak mempunyai impak sekuat laungan Pakatan Harapan pada masa kini. 

Misi harus diteruskan untuk mencapai objektif, usaha dilipat gandakan, kecanggihan media sosial menjadi teras utama dalam menyebarkan maklumat serta agenda setiap parti.  Peranan facebook, youtube, instagram, twitter dlln adalah amat penting. Malah penerimaan rakyat kini berbeza dengan television, dimana rata-rata rakyat tidak gemar akan berita yang dianggap berat sebelah.

Sebenarnya pada pandangan sis skandal wang oleh pimpinan BN telah dilihat sebagai senjata utama bagi kemenangan buat Pakatan Harapan. 

Harapan sis, semoga kepimpinan baru ini mempunyai satu urus tadbir yang lebih baik dari sebelumnya dari segi integriti, etika, keperihatinan & kompitensi kerja, malah pada masa yang sama dapat mengekalkan sistem yang mempunyai nilai kriteria yang baik dari segi kegunaan, ekonomi, kapasiti & fleksibiliti dari pentadbiran sebelum ini, malah dapat mempertahankan objektif utama Perlembagaan Persekutuan yang pernah diperjuangkan oleh ahli-ahli politik terdahulu.   

Tiba-tiba rasa berkobar-kobar nak sambung Master... 

Thursday, May 17, 2018

PRU 14, Malaysia Memilih, Aku Menulis.

Wow sesuatu yang sangat mengejutkan apabila Barisan Nasional  (BN) mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum yang ke-14 ini. Kemenangan Pakatan Harapan, yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjulang nama beliau sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, pada usia 93 tahun. Pada usia tersebut beliau juga telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemimpin yang tertua dilantik sebagai Perdana Menteri di dunia. Ini jelas menunjukkan suara demokrasi di Malaysia amat diambil kira & tidak boleh dipandang enteng oleh pemimpin masyarakat. Kemenangan PH adalah hasil daripada gabungan empat parti iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Rakyat (Amanah) & Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bertanding diatas bendera PKR menjadikan seluruh Malaysia mengibarkan bendera tersebut sepanjang tempoh berkempen. Ternyata gabungan ini berjaya memecahkan tembok BN sepanjang tempoh 13 tahun. Gabungan ini menjadikan Tun Mahathir sebagai Pengerusi, manakala Datin Seri Wan Azizah sebagai Presiden. 

Secara logik gabungan kesemua parti ini adalah amat mustahil, kerana hubungan antara pemimpim-pemimpin parti adalah dingin, kesemua ketua parti pernah berada dizaman era kepimpinan Tun Mahathir satu ketika dahulu sebagai pembangkang. Malah, suami kepada Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim & Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah dipenjarakan pada zaman Tun Mahathir. Gabungan yang tercipta ini, ternyata sanggup melupakan sengketa yang berlaku diantara mereka dengan memegang satu objektif yang sama iaitu menjatuhkan BN dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (DSNR).  

Kredibiliti Tun masih lagi disegani, ini terbukti dengan kemenangan beliau menerajui PH, pada masa yang sama berjaya menarik ribuan rakyat mempercayai PH untuk menerajui negara. Ini berbeza dengan gabungan PKR-DAP-PAS sebelum ini. Strategi yang dirancang setelah mengambil kembali tampuk pimpinan daripada bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan motto 10 manifesto 100 hari, beliau tidak lagi menoleh kebelakang dalam merealisasikan visi beliau. Menyaksikan pemecatan dan penamatan kontrak beberapa individu besar dalam kerajaan jelas menunjukkan beliau ingin membersihkan kerajaan daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam kes rasuah berprofil tinggi milik Perdana Menteri sebelum ini. 

Antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini adalah disebabkan oleh dakwaan isu RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DSNR melalui syarikat milik kerajaan iaitu 1MDB. Serta banyak lagi skandal pelaburan yang melibatkan wang negara. 

bersambung... dah mengantuk nak tidur.