Wow sesuatu yang sangat mengejutkan apabila Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum yang ke-14 ini. Kemenangan Pakatan Harapan, yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjulang nama beliau sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, pada usia 93 tahun. Pada usia tersebut beliau juga telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemimpin yang tertua dilantik sebagai Perdana Menteri di dunia. Ini jelas menunjukkan suara demokrasi di Malaysia amat diambil kira & tidak boleh dipandang enteng oleh pemimpin masyarakat. Kemenangan PH adalah hasil daripada gabungan empat parti iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Rakyat (Amanah) & Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bertanding diatas bendera PKR menjadikan seluruh Malaysia mengibarkan bendera tersebut sepanjang tempoh berkempen. Ternyata gabungan ini berjaya memecahkan tembok BN sepanjang tempoh 13 tahun. Gabungan ini menjadikan Tun Mahathir sebagai Pengerusi, manakala Datin Seri Wan Azizah sebagai Presiden.
Secara logik gabungan kesemua parti ini adalah amat mustahil, kerana hubungan antara pemimpim-pemimpin parti adalah dingin, kesemua ketua parti pernah berada dizaman era kepimpinan Tun Mahathir satu ketika dahulu sebagai pembangkang. Malah, suami kepada Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim & Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah dipenjarakan pada zaman Tun Mahathir. Gabungan yang tercipta ini, ternyata sanggup melupakan sengketa yang berlaku diantara mereka dengan memegang satu objektif yang sama iaitu menjatuhkan BN dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (DSNR).
Kredibiliti Tun masih lagi disegani, ini terbukti dengan kemenangan beliau menerajui PH, pada masa yang sama berjaya menarik ribuan rakyat mempercayai PH untuk menerajui negara. Ini berbeza dengan gabungan PKR-DAP-PAS sebelum ini. Strategi yang dirancang setelah mengambil kembali tampuk pimpinan daripada bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan motto 10 manifesto 100 hari, beliau tidak lagi menoleh kebelakang dalam merealisasikan visi beliau. Menyaksikan pemecatan dan penamatan kontrak beberapa individu besar dalam kerajaan jelas menunjukkan beliau ingin membersihkan kerajaan daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam kes rasuah berprofil tinggi milik Perdana Menteri sebelum ini.
Antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini adalah disebabkan oleh dakwaan isu RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DSNR melalui syarikat milik kerajaan iaitu 1MDB. Serta banyak lagi skandal pelaburan yang melibatkan wang negara.
bersambung... dah mengantuk nak tidur.
No comments:
Post a Comment