Assalamualaikum....
2011 meninggalkan aku dengan pelbagai cerita yang indah-indah. Tapi ada juga yang tidak indah, busuk bak bunga tayar. Kira tidaklah sebusuk yang anda sangka. 2011 mengajar aku beberapa perkara, yang aku sendiri tidak menduga.
Untuk makluman pengikut2 umat Muhammad yang sejati,aku tergerak untuk menulis pada tahun baru masihi nie, bukan sebab aku melupakan bulan Islam, tetapi ia hanyalah sekadar tarikh yg aku rasa sesuai untuk aku menulis. InsyaAllah jika berpeluang pada tahun hadapan akan aku cuba menulis pada hari-hari terakhir bulan Zulhijjah.
Apa yang penting kita semua patut tahu yang 2011 mengajar aku bahawa:
1) Ibu bapa adalah sangat penting, hargailah mereka semasa mereka ada.
2) Kita yang menentukan takdir kita sendiri!
Aku ada cipta satu puisi mengenai 2011, diharapkan anda semua tidak menangis atau sedih ketika membaca puisi saya, atau pun menendang-nendang kaki ke dinding, kerana ia tidak sopan & saya tidak menyediakan tisu kering yang ada cuma tisu basah sebab kopi tumpah. ;)
2011...2011... yeah!-yeah! 2011..
2011 yang meriah,
2011 yang bersuka ria,
2011 yang ceria,
2011 yang tidak berbencana,
2011...2011...alahai 2011...
2011 adalah peluang,
2011 yang terbuang,
2011 yang terawang-awang,
2011 saat untuk mengumpul kenangan,
2011...2011...Ya Allah 2011!!!
2011 memberi ujian,
2011 menunjukkan ketidakadilan,
2011 memulakan ketidak sefahaman,
2011 meyeru kepada kecurangan,
2011 meletakkan ego sebagai alasan,
2011 mengimbau sesuatu yang pernah dilupakan.
2011 memberitahu bahawa perasaan tidak akan selamanya kekal
2011 membiarkan segalanya yg jahil disitu,terletak tanpa diapa-apakan.
2011...2011...senyum sama 2011.
2011 mengajar untuk menhargai,
2011 mengajar untuk memahami,
2011 mengajar menjadi redha,
2011 mengajar berani menerima cabaran,
2011 mengajar memaafkan,
2011 mengajar mengaku kesilapan,
2011 mengajar menjadi Muslimah sejati,
2011 mengajar diri mencari apa yang mereka pelajari,
2011 mengajar menerima kenyataan yg takdir ditangan sendiri.
So long farewell 2011.
no more coffee, i don't like to write, but i don't hate it, i just need a blog, & to send my feeling out there.
Saturday, December 31, 2011
Sunday, December 11, 2011
Cara Meminjam Barang yang Betul.
Cara meminjam yang betul adalah seperti berikut:
1) Mengenalpasti barang yang ingin dipinjam.
2) Mengenalpasti tuan punya barang (pemilik).
3) Menyediakan alasan kukuh untuk meminjam barang.
4) Melangkah menuju ke arah pemilik dengan penuh beradab sopan.
5) Meminta izin untuk meminjam.
6) Menjawab semua soalan si pemilik dengan ikhlas & jujur.
7) Elakkan daripada menjadi gagap & gugup,kerana ia boleh mempengaruhi keyakinan si pemilik.
8) Tidak mendesak si pemilik dengan ayat-ayat rayuan, ugutan, cacian & teknik magic.
9) Mematuhi segala syarat yang diberi oleh pemilik dengan rasa tanggungjawab.
10) Berjanji akan menjaga barang pemilik dengan baik.
11) Memulangkan barang pemilik dengan selanat dan jangan lupa mengucapkan terima kasih atau memberi sedikit hadiah berupa buah-buahan, minyak ron 95 berjumlah RM10 & mencuci kereta pemilik.
Nasihat aku kepada sesiapa yang berhajat untuk meminjam barang, anda boleh jadikan teori2 diatas sebagai panduan anda. Ini kerana cara meminjam yang betul dapat memberikan peluang cerah kepada anda untuk meminjam buat kali kedua dan seterusnya.
Tetapi kepada insan yang sentiasa meminjam barang orang tanpa kebenaran.Ucapan aku untuk korang adalah "meminjam barang biarlah berpada-pada,jangan seperti katak bersalin kulit!

Monday, December 5, 2011
Start Malas dah.....
Kemalasan aku untuk menulis kembali.kali ini penuh dengan malas yang melampau.
contoh seperti:
contoh seperti:
- Ada idea, tapi tak tulis.
- Ada line wifi tapi sia2kan macam tue aje...tengok fb lah, tengok you tubelah,download lagu lah..
- laptop dengan pc sentiasa free kat rumah ni ha, tak payah nak berebut2 nak guna, tapi tetap malas nak menghidupkan suis
- Dari Galaxy Mini aku pun boleh tulis blog, tp sebab dah malas better aku main game je.
- kadang -kadang idea takde (mmg alasan kukuhlah utk tidak menulis), tapi boleh je aku share idea dari mana2 blog or fb.
- Malas juga nak menulis sebab tangan lenguh pegang stereng kereta.
- Alasan yang terakhir adalah sebab KOPI DAH HABIS....sebab tue lah no idea!
Jadi nasihat saya kepada semua, elakkanlah daripada kehabisan kopi dirumah kerana ia boleh menjadi punca kepada sikap malas utnuk menulis....adios!!!..hahaha
Thursday, December 1, 2011
Memilih Tarikh.
Aku memilih tarikh ini untuk menulis dengan kadar sekadar sedikit.
Cukup hanya untuk MEMILIH TARIKH 1Disember 2011.
Bolehkan.....heehehe..
Cukup hanya untuk MEMILIH TARIKH 1Disember 2011.
Bolehkan.....heehehe..
Wednesday, November 30, 2011
Pantun ni tajuknya...Marilah Sedar Diri,kalau Masih tidak Sedar Sila Tampar Muka sendiri.
Terimalah pantun yang tidak seberapa ini.Pantun ini bertujuan untuk mengigatkan diri dan orang lain tentang pentingnya kita sebagai seorang manusia. Penting dalam mencari keharmonian dan mengelak dari sengketa. Kepada sesiapa yang sudi untuk membeli pantun ini dipersilakan, tak kesahlah jika jawapan anda seperti ape.janji pantun.
Membajak sawah peluh didahi,
Terbang kenari mengejar awan,
Mengapa bicara menguris hati,
Adakah angkara si nenek kebayan..
Pergi ke hulu mencari lokan,
Lokan menyorok muncul pun tidak,
Hati merajuk tiada yang perasan,
Pujuk pun tidak, bertanya pun tidak.
Pelita dipasang gelapnya langit,
Hajat meneman pungguk menyanyi,
Hidup selalu terasa perit,
Itulah cabaran dariNya ilahi.
Mengosok mata terkena habuk,
Gunting disorok dalam lipatan,
Tiadalah guna bersangka buruk,
Memanggil dosa menanti balasan.
Bersalin kulit si anak ular,
Jika hidup pasti menyalar,
Mengapa diri berasa gusar,
Bila hidup tidak bersinar.
Air mengalir di muara sungai,
Ikan berenang riak berseri,
Bukan hidup tidak bersinar,
Hanya diri belum beraksi.
Pecah gelas tajam kacanya,
Berdarah kaki memakan diri,
Selalu melihat orang bersengketa,
Akibat tidak memegang janji.
Jadi adakah anada rasa anda mampu berpantun seperti saya. Jika mampu silakan. Kepada anda yang faham akan kedamaian, carilah ia tidak kira dimana jua anda berada. Semoga selamat sejahtera hendakkan & minta Allah menjauhkan kita semua dari sengketa.

Sunday, November 27, 2011
Kekalahan itu Pengajaran.
Sebagai seorang yang pernah mengalami kekalahan,sesungguhnya aku faham perasaan pemain bola sepak untuk kelayakan Olimpik London 2012.Aku mengelak untuk menulis malam tadi kerana bimbang akan terlampau beremosi.So aku decide untuk menulis pagi ini.Tetapi,ternyata aku tetap beremosi...WEi..apa kejadah korang main!!!! Bahrin tu senang je kot nak tibai.Singapore lagi hebat dr Bahrin tue.cuma Bahrin mempunyai kelebihan dari segi tubuh badan &kelajuan kuda.Malah Malaysia turut berhadapan dengan hanya 10 orang pemain.Malaysia pun sama juga sebenarnya.(>.^)
Okaylah,let gone be by gone.Jadi aku redha...Mungkin ada sesetengah pemain Malaysia yang patut dihantar ke kem bina semangat.Build their spirit & motivation towards what they want during games. Hantar jauh-jauh berlatih pun tidak akan menjadi jika mentaliti mereka tidak diubah. Segala-galanya bermula dari fikiran yang positif lah der..Dengan itu positifkanlah minda pemain untuk kemajuan bola sepak & apa2 sukan di Malaysia.

Friday, November 25, 2011
Buruk siku lah kau AIM....
Apabila kita memberi sesuatu kepada orang lain. Berilah dengan ikhlas, tanpa rasa mengharapkan balasan dan jangan sesekali tanpa malu meminta kembali barang yang telah kita beri terbut.Ia samalah seperti pepatah melayu yang menyebut 'buruk siku'
sesungguhnya perangai buruk siku adalah tidak bagus.kerana boleh mencederakan perasaan sesetengah pihak. Aku contohnya amat sedih terhadap nasib Yuna.Tapi luckly Yuna is so cool,dia tidak langsung menunjukkan rasa engan memulangkan trofi AIM tersebut.
Kepada pihak AIM anda tidak sepatutjya melakukan kesilapan yang bodoh. Please don't low your standard by making stupid mistake. Siapakah auditor anda?atau mungkinkah auditor anda patut di tukar kepada auditor ISO yang selalu mengaudit pejabat saya. Mereka sangat telus dalam mengaudit hinggakan staff tanpa name tag turut menjadi isu & mereka juga sentiasa terhendap-hendap apabila masa lunch.
Jadi untuk mengelakkan daripada AIM terus dilihat sebagai pencabar kepada kesahihan & kehebatan artis. So better you do your work properly. Akhir kata dari saya berhati-hatilah dengan auditor ISO kerana mereka sangat menjengkelkan,sama seperti si buruk siku yang tidak sengaja menjadi pemburuk siku...

Monday, November 21, 2011
Kemenangan itu indah.. hehe...
Sudah lama rasanya aku tidak bersorak sakan seperti hari ini. malam yang bersejarah bagi skuad bolasepak b23 negara kita apabila berjaya membawa pulang emas untuk acara bola sepak SEA games 2011. Acara yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang, terutama sekali rakyat Malaysia. kerana kita bermain untuk mempertahankan emas yang telah kita gengam 2 tahun lalu di sukan SEA Laos.
Menjadi pasukan pilihan semestinya memberi tekanan kepada Ong Kim Swee dan anak buahnya untuk mempamerkan corak perlawanan yang berkesan. Setiap tektikal yang ditunjukkan mempunyai 1001 cerita disebaliknya. Ada sebahagian gerakan yang kurang berkesan patut diambil serius. Tindakan OKS menempatkan sayap sebagai serangan dan tengah sebagai pertahanan adalah satu perkara yang amat berisiko tinggi. Asra dilihat bertanggungjawab untuk mengambil tugasan tersebut. Ini mungkin kerana, majoriti mereka yang berpontesi besar sebagai penyerang tidak dapat bermain untuk malam ini. antaranya: Izzaq, Syahrul, Wan (kecik). Ini membuatkan OKS memberi tugas tersebut untuk di pegang oleh Fakri. Kemasukan Fandi pada saat2 akhir tidak cukup untuk membantu skuad Harimau Muda untuk menjaringkan gol dibahagian sayap.
Secara total Baddarol Bakthiar dilihat sebagai penyelamat negara apabila beliau berjaya menjaringkan gol penalti penentu untuk Malaysia. Semangat beliau dalam memberi fokus dan membentuk jalinan kesefahaman di dalam padang antara pemain amat penting. Jaringan dari Asraruddin adalah hasil dari kelicikan Baddarol melirikkan bola lambung tandukan ketepi kanan kotak dan terus menghantar ketengah kepada Asra, dan diving header oleh Asra berjaya mengconfiuskan penjaga gol Indonesia, ternyata gerakan itu menyumbang gol pertama buat negara. Ternyata bukan itu sahaja, keyakinan dan fokus beliau menjaringkan gol turut menjadi titik tolak kepada suntikan semangat diatas kejayaan skuad Harimau Muda. Cayalah Baddarol oii..!!!!!
Selain itu Khairul Fahmi Che Mat turut menjadi hero negara apabila berjaya mematahkan sepakan penentuan penalti oleh pemain Indonesia. Beliau sehaursnya diberi pujian. Secara keseluruhan kesemua pemain Malaysia menunjukkan semangat yang jitu, berusaha untuk bangkit dan berlari meneruskan permainan sehingga minit yang ke 120. Sesungguhnya, mereka berjaya menenggelamkan laungan Garuda di Stadium Gelora Bung karno. Ternyata semangat ini harus diteruskan utnuk kelayakkan Olimpik nanti. Saya sebagai penyokong bola sepak tempatan mengucapkan terima kasih kerana berjaya memberi tanda ingatan yang terindah untuk kami sekeluarga.
Indonesia juga menunjukkan satu permainan yang bagus, jika dibandingkan dengan Singapura sudah tentu kita kurang berpotensi untuk menang. Al-maklumlah, jika Singapura yang skor awal, sudah tentu lakonan mantap akan berlaku bagi melengah-lengahkan masa. Malah, Singapura juga bagus dari segi passing & receiving.
Sebagai pengulas yang tidak bertauliah disini, dengan rasa rendah diri, ingin saya memohon maaf jika segala pendapat dan tulisan saya ini menguris atau mengkucar kacirkan perasaan sesetengah pihak. Tetapi saya tidak dapat menahan diri untuk menulis dan mem postkan article ini di facebook. Oleh itu , sayangilah sukan bola sepak negara, dengan memberi sokongan yang padu dan jitu yang tidak berbelah bahagi. Seperti anda sayangkan bantal dan tilam empuk anda.
Wednesday, November 16, 2011
Hujan.
Hujan itu rezeki. Rezeki untuk mereka yang percaya bahawa Allah itu maha besar. Pemberi segala yang dihajati, sambil berdoa dalam keadaan yang qudus dan berseri. Telah menyebut imam Syafiee " aku telah melihat, antara banyak doa yang dipinta dan ia termakbul adalah pada waktu hujan". Ini juga disokong oleh satu hadis dari Rasullah s.a.w iaitu dalam kitab-kitab hadis yang bermaksud " termakbullah doa apabila dua perbuatan dilakukan iaitu waktu solat didirikan dan waktu hujan turun".
Dengan itu aku terpanggil untuk bercerita tentang hujan dalam bentuk paling aku sukai..iaitu puisi...
Hujan melegakan segala yang kusut,
Mencipta kesejukan,
Mengarak langit mendung,
Keluar gelisah mendengar deraian hujan,
Berlari resah dan haru biru keluar dari diriku,
Jika ku sedar untung!
Jika tidak nasiblah....
Inilah waktu sejadah dibentang.
Berpalinglah pada diri sendiri,
Menginsafi segala-segalanya,
Mencari redha Allah untuk seluas keampunan,
Maka jangan sesekali memarahi hujan yang turun,
Tidak tertanggung sedihnya hujan itu nanti.
Kerana berserta hujan itu ada rahmat untukmu, keluargamu dan lain-lain yang hidup senafas denganmu.
Biarkan hujan itu turun lagi,
Agar sempat rahmat-Nya dikecapi semua di sini.
(^_^)

Tuesday, November 15, 2011
Kenapa Kopi?
Kerana kopi aku menulis, adakah itu yang sebenarnya? hahaha.. sebenarnya tidak langsung. Aku menulis diblog kerana adanya jalur lebar dirumah. Tetapi kenapa nama kopi yang aku pilih. Tentu anda ingin tahu bukan? Baiklah biar aku berterus terang, sebenarnya kopi bukanlah minuman favorite aku. Jika tidak meminum kopi dalam satu hari juga tidak menjadi masalah bagi aku.
Cuma, ada sesuatu yang menarik tentang kopi & ia memberi satu inspirasi kepada aku. Aromanya membuatkan aku berfikir dengan lebih bernas, bersemangat, segar & ceria. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Barcelona menunjukkan bahawa secawan kopi bergula mampu meningkatkan prestasi otak. Ini menunjukkan teori aku itu benar. Sebab itulah setiap kali minum kopi sambil main crossword puzzle, mesti kucing aku lincah semacam, rupa-rupanya otak kucing aku turut teransang dengan aroma kopi. Barulah aku faham Mok. (my cat's name).
Kadang-kadang aku rasa kopi nie ada satu kuasa mistik, mampu memberikan semangat, kenapa? Sebab menurut satu kajian oleh Universiti Vanderbilt A.S kopi mengandungi kafien yang mampu merangsang otak dan merangsang sistem saraf utama dalam badan kita. Malah menjadi antioksidan kepada badan. Ternyata ia sesuatu yang baik untuk diamalkan dalam permakanan seharian kita. Mungkin anda semua kurang pasti apa itu antioksidan bukan? antioksidan ini adalah...aku pun tak tahu...hahaha..
Okay..okay..now I'm back to the topic, antioksidan terhasil daripada badan kita secara sendiri, malah ia turut terkandung dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. e.g: lobak merah, brokoli, tomato, bayam dan terutama dalam tumbuhan hijau. Dengan adanya antioksidan kita mampu melindungi sel-sel badan daripada rosak. Rosak akibat daripada radikal bebas & oksidatif. Dua benda nie mampu mengelakkan kita dari masalah penuaan seperti katarak mata, artritis (masalah lutut), Alzhemir (kelupaan), kanser dan lain-lain.
Tetapi perlu diingat, dalam hidup ni apa saja yang diambil kalau berlebihan mampu memudaratkan , samalah seperti kopi. Hangan ambil terlalu kerap dan maksimum, kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Hingga boleh memandulkan.
Cara yang baik untuk meminum kopi:
1) Minum hanya dalam kadar 300mg kafein iaitu 1-3 cawan sehari.2) Ada kumpulan yang dilarang meminum kopi, mereka adalah wanita hamil, kanak-kanak,
mereka yang mengalami penyakit jantung, dan menghidap hipertensi.
Kesimpulannya, setiap orang boleh meminum kopi tetapi bukan diambil dengan cara yang berlebihan. Kerana apa2 pun kalau diambil secara berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada tubuh badan. Oleh itu selamat mendapat idea dari pada kopi anda. Terima kasih kerana sudi membaca... Wasallam.

Saturday, November 12, 2011
Hai...Hi...Holla...
Kembali semula ke alam blog. Setelah hampir 3 tahun aku berhenti dari dunia blog. Banyak yang telah aku lupa, cara-cara editing dan sebagainya. Tapi disebabkan keinginan yang padu aku mulakan juga menulis. Kali ini segala-galanya akan lebih matang dan insyaAllah mampu mematangkan. Aku mengharapkan aku dapat menulis dengan lebih baik. Untuk diri dan orang ramai, semoga segala yang ditulis bakal menjadi rujukan, inspirasi, galakan, dan kritikan oleh sesiapa sahaja yang membaca. Itu sahaja...
Subscribe to:
Posts (Atom)