Wednesday, November 16, 2011

Hujan.

Hujan itu rezeki. Rezeki untuk mereka yang percaya bahawa Allah itu maha besar. Pemberi segala yang dihajati, sambil berdoa dalam keadaan yang qudus dan berseri. Telah menyebut imam Syafiee " aku telah melihat, antara banyak doa yang dipinta dan ia termakbul adalah pada waktu hujan". Ini juga disokong oleh satu hadis dari Rasullah s.a.w iaitu dalam kitab-kitab hadis yang bermaksud " termakbullah doa apabila dua perbuatan dilakukan iaitu waktu solat didirikan dan waktu hujan turun". 


Dengan itu aku terpanggil untuk bercerita tentang hujan dalam bentuk paling aku sukai..iaitu puisi...


Hujan melegakan segala yang kusut,
Mencipta kesejukan,
Mengarak langit mendung,
Keluar gelisah mendengar deraian hujan,
Berlari resah dan haru biru keluar dari diriku,


Jika ku sedar untung!
Jika tidak nasiblah....
Inilah waktu sejadah dibentang.
Berpalinglah pada diri sendiri,
Menginsafi segala-segalanya,
Mencari redha Allah untuk seluas keampunan,


Maka jangan sesekali memarahi hujan yang turun,
Tidak tertanggung sedihnya hujan itu nanti.
Kerana berserta hujan itu ada rahmat untukmu, keluargamu dan lain-lain yang hidup senafas denganmu.
Biarkan hujan itu turun lagi, 
Agar sempat rahmat-Nya dikecapi semua di sini.


(^_^)

No comments: