Friday, February 16, 2018

Cara- cara Untuk Menebang Pokok Pisang.



Asalammualaikum  & selamat sejahtera semua.

Okay post kali ini sis nak tulis sesuatu yang paling mudah tetapi ada segelintir dari kita masih tidak tahu cara yang betul untuk melakukannya. Untuk anda yang memang tahu tentang tajuk post ini, bersyukurlah dengan ilmu yang anda ada itu. Okay tanpa membuang masa mari kita pergi ke cara-cara untuk menebang pokok pisang.


1. Sediakan parang yang tajam.
Image result for parang
Pilihlah parang yang sederhana & tidak terlalu kecil.



2. Tetak batang pokok pisang berlawanan dengan arah condong pokok pisang & pada yang sama tolak ke arah condong pokok pisang.

Related image
Keselamatan semasa melakukan penebangan amat penting.
 

 3. Untuk mengambil setandan pisang, memang perlu potong batang pisang tu. Nanti akan tunas anak pokok yang baru.

4. Potong tandan pisang dari pokoknya. Balut bahagian tandan yang telah dipotong dengan surat khabar atau kain, untuk mengelakkan getah pisang terkena baju.

5. Pastikan anda tidak terkena getah pisang yang jernih itu. Ini kerana, kotoran getah pisang amat susah untuk dihilangkan dari pakaian.

Image result for pokok pisang

Itu sahaja untuk post kali ini. Jangan stress ketika membaca post kali ini. Ini hanya post suka-suka. Hahaha

1 comment:

Anonymous said...

It's very interesting post .thank you for sharing😄👍